Sunday 31 December 2017

Anda seorang peminat tegar seluar Palazzo!!!! Ini perkara yang anda WAJIB tahu tentang seluar kesukaan anda.

   Seluar palazzo atau lebih dikenali dengan gelaran seluar kembang dalam masyarakat kita bukanlah  satu fesyen seluar yang asing ataupun baru muncul pada masa kini. Di katakan, fesyen seluar ini telah wujud beberapa dekad yang lalu dimana pernah menjadi fenomena dan  kegilaan ramai dalam kalangan pencinta fesyen pada masa itu terutama di bahagian eropah. Ini menunjukkan bahawa seluar ini bukanlah fesyen yang telah dibangunkan oleh minda moden masa kini. Sekarang, untuk mengetahui mengapa seluar ini dipanggil sedemikian rupa, mari kita selidik lebih mendalam.

   Perkataan ' PALAZZO' itu sendiri diambil dari perkataan itali yang merujuk kepada sebuah bangunan yang besar atau lebih mudah ia dirujuk sebagai sebuah istana. Jadi, istana merupakan struktur bangunan yang sangat besar di permukaan tapaknya dan semakin mengecil di struktur atasnya. Oleh yang demikian, seluar palazzo adalah seluar panjang yang agak longgar dimana ia mula melebar bermula dari pingang dan semakin melebar hingga ke bawah kaki. 



Sekali lagi, istana bukan sahaja bangunan yg sangat besar tetapi ia juga sangat luas dan selesa. Begitu juga seluar palazzo yang mana ia jauh lebih selesa dan jauh lebih besar dari seluar seluar yang lainnya.


   Kesimpulannya, ini adalah kemungkinan besar dan sebab mengapa seluar gaya kembang ini diberikan nama sedemikian rupa. Tidak kira apapun alasannya, membeli seluar palazzo ini dengan PuteriCollections adalah sensasi sebenar yang membuatkan anda tampak bergaya dan elegen apabila anda memakainya.

-Sekian-

2 comments:

  1. Thankss sifuu.. Masih banyak nak dibeljar.. Mohon tunjuk ajar ku sifuu... Huhu

    ReplyDelete